Disini saya kongsikan kiraan elliot wave saya pada satu saham yang berpotensi iaitu SFPTECH... secara fundamentalnya SFPTECH ini salah satu syarikat yang agak kukuh dari segi keupayaan kewangan dan juga operasi.
Boleh saya kata syarikat ini boleh dicerminkan kepada satu lagi syarikat industri yang sama iaitu Greatech pada permulaan ianya mula disenaraikan di bursa malaysia.
Teknikal:-
Mengikut kiraan saya SFPTECH telah selesai melakukan wave 1 dan sekarang dalam fasa permulaan wave 3. Pada saat ini ianya sedang membuat fasa pembetulan harga saham (correction phase wave 3). Seterusnya dijangkakan akan meneruskan fasa seterusnya wave3 setelah ianya selesai pada fasa pembetulan (correction wave - C). Perlu diingatkan wave 3 adalah wave terpanjang dalam asas elliot wave, dan akan terdapat bentuk diagonal wave akan tercipta di dalam fasa ini. Pada pemerhatian saya tidak perlu terlalu fokus pada diagonal atau kiraan-kiraan wave kecil di dalam wave 3. Hanya perlu fokus dan betulkan pengiraan pada subwave2 yang crucial di dalam wave 3.
Sekadar hanya pendapat peribadi saya dan juga ingin belajar lagi. Tiada promosi atau buycall bagi kaunter ini dari saya.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.